Teduhan Kasih

48300 Rawang, Selangor D.E.

Sumbangan

5640 7000 2007 Maybank Islamic

Pertanyaan

+60 3 6038 1528
+60 13 850 1090

Rujukan

Info Dadah & Kesihatan

Daun Ketum

Kesan & Akibat Daun Ketum

Salah Guna

Penyalahgunaan Ketum adalah diantara yang paling ramai. Ini adalah kerana ia murah dan mudah untuk diperolehi. Ketum sering menjadi punca bermula penagihan kepada dadah yang lebih teruk.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan termasuk; mual/muntah, gatal-gatal, berpeluh berlebihan, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan buasir.

Penampilan

Penagih Ketum selalunya kelihatan kurang terurus, wajah gelap, mata layu & merah serta tinglahlaku berubah daripada kebiasaan.

Kesan Ketagihan

Kesan akibat penagihan termasuk; tanda-tanda tingkahlaku & emosi tidak stabil, resah & gelisah, kadang-kadang mengamuk/ganas, selsema/hidung berair, sakit otot/tulang serta kekejangan.

Gunaan Lain

Ia juga sering digunakan dengan dicampur bersama air akar pinang, daun jambu atau ubat nyamuk.

Akibat-Akibat Lain

Akibat dari ketagihan menyebabkan mereka beremosi tidak stabil, sering marah, kurang selera makan & tidak bermaya.

Kesan Jangka Panjang

Kesan sampingan penagih yang lama juga termasuk; kejang otot, cirit-birit, halisunasi, pelupa/hilang ingatan (jangka pendek), pemikiran menjadi lembab, persepsi keliru, hilang kodinasi, mudah panik dan gila.

Ganja

Kesan & Akibat Ganja

Ketagihan Ganja tidak seteruk seperti dadah heroin, metaphetamine/ice, atau dadah kimia yang kesannya lebih serius. Antara kesan ketagihan; selalunya mereka beremosi tidak stabil, murung, sering marah, kurang selera makan & kelihatan tidak bermaya. Kesan sampingan lain termasuk; pelupa jangka dekat, lembab belajar & lemah dalam menyelesaikan masaalah. Bagi yang lebih serius pula persepsi menjadi keliru, hilang kodinasi, mudah panik dan mengakibatkan menjadi gila.

Tanda-Tanda

Antara tanda penggunaan Ganja ialah tingkahlaku mereka kelihatan berbeza daripada kebiasaan. Antara yang ketara; kelihatan sangat tenang, asyik atau ceria, mata layu merah menyala, banyak bercakap daripada kebiasaan. Mengelak daripada bertentangan mata, bercakap dengan nada suara yang kuat, beremosi, gembira atau sedih. Melakukan sesuatu dengan tumpuan terlalu asyik, mendengar musik dengan kuat, mudah lupa (jangka dekat). Selera makan berlebihan & mengantuk selepas kesan khayal berkurangan.

Maklumat Penyakit Hepatitis C

Ramai yang tidak mengetahui Hepatitis C merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan berbahaya. Ia boleh menjadi kronik dan menyebabkan sirhosis dan kanser hati. Hepatitis ini berpunca dari jangkitan virus Hepatitis C (HCV) yang menyerang dan menyebabkan sel organ hati menjadi bengkak.

Tanda-tanda sesaorang dijangkiti virus ini ialah :

  • Selalu merasa mual dan muntah
  • Mengalami cirit-birit
  • Selera makan berkurangan
  • Sering sakit kepala
  • Merasa lemah dan keletihan
  • Demam dan selesema

Kesan daripada jangkitan virus ini mengakibatkan kulit akan kelihatan kekuningan, kencing berwarna the pekat, perubahan warna pada najis dan rasa sakit pada sebelah kanan abdomen berpunca dari hati yang mula membengkak. Virus Hepatitis C merebak melalui cecair badan seperti darah , air mani dan air liur.