Teduhan Kasih

48300 Rawang, Selangor D.E.

Sumbangan

5640 7000 2007 Maybank Islamic

Pertanyaan

+60 3 6038 1528
+60 13 850 1090

Mengenai Kami

Profil Ringkas Pengasih Selangor

Latar Belakang

Pada tahun 2009 Teduhan Kasih Sg Buluh telah ditubuhkan bagi menjalankan Program Penjagaan dan Sokong Bantu kepada penagih dadah yang bertempat di Desa Moccis, Sg Buluh, dan berpindah ke Kg Merbau Sempak pada 11.1.2011. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh bekas-bekas pengguna dadah yang telah mencapai tahap kepulihan matang. Dengan bantuan dari Bahagian Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan sokongan daripada Persatuan Pengasih Malaysia, Teduhan Kasih telah membuka satu lagi rumah di Bukit Beruntung bagi memenuhi pemintaan yang tinggi sekaligus dapat menjalankan sepenuhnya program yang menggunakan kaedah Therapeutic Community dan rumah di Sg Buluh dijadikan sebagai Rumah Re Entry.

Sejarah

Pada tahun 2011 Teduhan Kasih Sg. Buloh dimulakan diatas satu tanah wakaf berkeluasan 1 ekar yang dipenuhi semak samun, berpaya serta penuh dengan longgokan kaca. Dengan bantuan banyak pihak, kawasan tersebut telah berjaya dibersihkan dan dijadikan tapak perusahaan pertanian secara feritigasi serta penternakan ayam kampung, itik daging, itik telor dan ikan keli.

Sejak mula ditubuhkan, Rumah Teduhan Kasih terus mendapat sambutan yang menggalakkan  dari masyarakat di dalam dan luar daerah yang ingin menghantar ahli keluarga mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah. Bagi mengisi ruang yang ada pihak pengurusan mula menyusun beberapa program yang perlu diikuti oleh klien.

Disamping itu juga, pihak pengurusan berusaha mewujudkan peluang ekonomi dengan menyediakan tapak untuk projek ternakan ayam kampung, itik daging, itik telor dan ikan keli serta projek pertanian feritigasi. Bagi mereka yang berkemahiran dalam petukangan, kimpalan dan bengkel pihak pengurusan mencari peluang-peluang kerja berkaitan bagi membantu klien menjana ekonomi.

Pada tahun 2015 Teduhan Kasih dengan banguan MAIS telah berjaya membuka satu lagi rumah di Bukit Beruntung bagi menjalankan sepenuhnya Program Therapeutic Community yang dikendalikan sepenyhnya oleh bekas-bekas pengguna yang telah mencapai tahap kepulihan yang matang.

Carta Organisasi

“Permulaan kami dengan niat, keringat dan usaha gigih demi untuk membantu insan yang terbelenggu dengan penggunaan bahan yang terlarang”

Moto

“Hanya Yang Terpilih” yang mahukan perubahaan.

Visi

Menyediakan satu platform yang sihat dan selamat untuk mereka menjalani satu proses rawatan dalam komuniti bagi membina semula modal insan agar mereka dapat kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat.

Misi

Menjadikan Pengasih Selangor antara NGO terbaik dalam mencapai piawaian yang maksima dalam proses rawatan dan kepulihan di Negeri Selangor.